School Tales

Ahli pancaragam sebuah sekolah sedang melakukan latihan akhir di kawasan sekolah dan kerana latihan mereka tamat lewat, mereka mengambil keputusan untuk bermalam di sana. Sekumpulan pelajar nakal kemudian berkumpul dan mula bercerita mengenai kisah hantu, iaitu kisah mengenai sekolah mereka yang telah diwarisi sejak beberapa generasi. Selepas selesai bercerita, beberapa pelajar mengambil keputusan untuk mencabar sama ada kisah itu betul atau tidak. Bagaimanapun, apabila kumpulan pelajar itu pulang, ada di antara mereka telah hilang.

Bahasa: Thai
Sarikata: Inggeris
Klasifikasi: PG13
Tarikh Tayangan: 12 Januari 2017
Genre: Seram
Durasi: 1 Jam 38 Minit
Pengedar: Shaw Organisation
Pelakon: Sedthawut Anusit, Ranida Techasit, Ekkawat Ekatchariya, Teetatch Ratanasritai
Pengarah: Pass Patthanakumjon
Format: 2D